PROGRAM PENGAJIAN TAFAQQUH FIDDIN SETIAP SABTU

Tawaran adalah dibuka kepada semua muslimin dan muslimat yang berminat mendalami ilmu agama untuk mempelajari kitab-kitab pondok secara berguru dengan Ustaz Mahyidin Hamat. Butiran pengajian adalah seperti berikut:

Kekerapan kelas: setiap Sabtu (kelas telah bermula pada 20 Jun 2009 tetapi pendaftaran dibuka sepanjang masa setiap kali kelas dijalankan)
Masa: 8.30 pagi-1.30 tengahari
Tempat: MASJID AS-SALAM BUKIT SENTOSA/BUKIT BERUNTUNG

Pelajaran: TAUHID, FEQAH, TASAUF, BAHASA ARAB, TAFSIR
Rujukan: Kitab-Kitab Pondok
Yuran pendaftaran: RM50 sahaja untuk satu tahun pengajian
PENDAFTARAN DIBUKA SEPANJANG MASA
Tempoh masa pengajian?
Sebenarnya sukar untuk menentukan tempoh masa pengajian sebenar. Bagaimanapun Ustaz Mahyidin menjangkakan dalam tempoh 3 tahun pelajar sudah dapat menguasai asas-asas ilmu Tauhid, Feqah dan Tasauf.
Matlamat pengajian
Bertujuan untuk melahirkan seberapa ramai individu yang menguasai ilmu agama yang diambil dari guru yang berkelayakan menggunakan kitab-kitab yang dikarang oleh para ulamak muktabar dalam bidang Tauhid, Feqah dan Tasauf. Individu-individu ini pula mampu menyampaikan ilmu yang diperolehi kepada ahli keluarga, jiran dan rakan sekerja atau pun mampu memimpin muzakarah/majlis ilmu di surau ataupun masjid. Juga untuk mencungkil bakal penceramah agama yang mempunyai asas ilmu agama yang sahih diambil dari guru yang berkelayakan.


BILA PINTU KU DIKETUK...

Makkah/Madinah dan Malaysia

20 Jun 2009

SESI 1 (20 JUN 2009)





Alhamdulillah seramai 28 orang telah hadir ke pengajian pertama. 8 daripadanya adalah muslimah. Pendaftaran bermula 8.30 pagi, taklimat pengenalan oleh Ustaz Mahyiddin 9.00-10.30 pagi dan kelas bermula 10.40 pagi dimulai dengan kitab Hikam, 11.30 pagi Tafsir Ayat Hukum dan 12.30 tengahari Syarah Matan Abi Syujak. Sesi pertama ini diakhiri dengan sesi taaruf antara hadirin dan taklimat penutup oleh Ustaz Mahyidin.

Antara isi taklimat Ustaz Mahyidin berkaitan konsep program ini:
  1. Melahirkan pelajar yang boleh mengajar masyarakat ilmu-ilmu agama.

  2. Menghidupkan pembelajaran kitab-kitab lama karangan ulamak-ulamak muktabar yang penuh dengan keberkatan.

  3. Tanda keberkatan ilmu ialah mengamalkan ilmu walaupun sedikit ilmu yang diterima.

  4. Setiap pelajaran akan diajar berdasarkan matan kitab asal dalam bahasa Arab dan disyarahkan oleh ustaz dalam kelas ini.

  5. Tahun Satu-belajar. Tahun Dua-belajar dan berlatih mengajar. Tahun Tiga-belajar dengan ulamak-ulamak jemputan. (Semua dalam bentuk rancangan lagi dan tertakluk pada pindaan)

  6. Target program penuh boleh tamat dalam masa 3 tahun.

Di akhir program, 12 peserta telah mendaftar bagi mengikuti pengajian ini seterusnya pada setiap Sabtu. Sesiapa yang berminat bolehlah datang bagi tujuan pendaftaran. Terbuka kepada semua muslimin dan muslimat, tak kira usia.

PERHATIAN KEPADA SEMUA PELAJAR! JADUAL PELAJARAN AKAN DATANG ADALAH SEPERTI BERIKUT:

08.30- BAHASA ARAB

09.30- TAUHID

10.40- TASAUF

11.30- TAFSIR

12.30- FEQAH

SETIAP HARI SABTU 8.30 PAGI-1.30 TENGAHARI









Tiada ulasan:

Catat Ulasan