PROGRAM PENGAJIAN TAFAQQUH FIDDIN SETIAP SABTU

Tawaran adalah dibuka kepada semua muslimin dan muslimat yang berminat mendalami ilmu agama untuk mempelajari kitab-kitab pondok secara berguru dengan Ustaz Mahyidin Hamat. Butiran pengajian adalah seperti berikut:

Kekerapan kelas: setiap Sabtu (kelas telah bermula pada 20 Jun 2009 tetapi pendaftaran dibuka sepanjang masa setiap kali kelas dijalankan)
Masa: 8.30 pagi-1.30 tengahari
Tempat: MASJID AS-SALAM BUKIT SENTOSA/BUKIT BERUNTUNG

Pelajaran: TAUHID, FEQAH, TASAUF, BAHASA ARAB, TAFSIR
Rujukan: Kitab-Kitab Pondok
Yuran pendaftaran: RM50 sahaja untuk satu tahun pengajian
PENDAFTARAN DIBUKA SEPANJANG MASA
Tempoh masa pengajian?
Sebenarnya sukar untuk menentukan tempoh masa pengajian sebenar. Bagaimanapun Ustaz Mahyidin menjangkakan dalam tempoh 3 tahun pelajar sudah dapat menguasai asas-asas ilmu Tauhid, Feqah dan Tasauf.
Matlamat pengajian
Bertujuan untuk melahirkan seberapa ramai individu yang menguasai ilmu agama yang diambil dari guru yang berkelayakan menggunakan kitab-kitab yang dikarang oleh para ulamak muktabar dalam bidang Tauhid, Feqah dan Tasauf. Individu-individu ini pula mampu menyampaikan ilmu yang diperolehi kepada ahli keluarga, jiran dan rakan sekerja atau pun mampu memimpin muzakarah/majlis ilmu di surau ataupun masjid. Juga untuk mencungkil bakal penceramah agama yang mempunyai asas ilmu agama yang sahih diambil dari guru yang berkelayakan.


BILA PINTU KU DIKETUK...

Makkah/Madinah dan Malaysia

09 Ogos 2009

KELAS KITAB FARIDATUL FARAID



Alhamdulillah, pengajian kitab Faridatul Faraid setiap Ahad telah tamat pada 9 Ogos 2009 yang lepas. Bermula pada 28 Jun 2009 dan berterusan setiap Ahad sebanyak 6 siri, Ustaz Mahyuddin telah memenuhi hasrat para pelajar untuk belajar kitab ini secara intensif. Selepas ini Insya Allah ustaz akan memulakan syarah kitab Syarah Usul Tahqiq (tauhid) bermula pada Ahad 16 Ogos 2009. Dijemput semua yang berminat menghadiri kelas ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan