Assalamualaikum Wr Wb.
Berita gembira kepada semua pencinta ilmu agama yang sebok bekerja Isnin-Sabtu terutama yang tinggal di Sungai Buaya, Bukit Beruntung, Bukit Sentosa, Rawang, Serendah dan seluruh Hulu Selangor. Ustaz Mahyidin Hamat, mudir Sekolah Rendah Agama An-Nur (SARAN), Sungai Buaya, Hulu Selangor bercadang mengadakan pengajian kitab Matan Jauharah Tauhid dan Iqna' (Feqah) [tertakluk pada perubahan] untuk orang awam di SARAN pada setiap hari Ahad [telah dipinda ke hari Sabtu-rujuk maklumat terkini] jam 9 pagi hingga 12 tengahari. Pengajian percuma ini terbuka untuk semua muslimin dan muslimat tanpa mengira umur dan latar belakang asalkan berminat mempelajari ilmu agama secara berguru.
Untuk maklumat, Ustaz Mahyidin Hamat banyak mengajar di surau-surau sekitar Sungai Buaya dan Bukit Beruntung/Bukit Sentosa dan Serendah. Antara kitab-kitab yang disyarahnya ialah Bidayatul Hidayah syarah matan Ummul Barahin, Matlak Badrin, Riadhus Solihin, Jauharul Mauhub, Sirus Salikin, Sullamil Mubtadi, Usul Fiqh dan pelbagai lagi.
Ustaz Mahyidin Hamat mempunyai MA (Syariah) dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan BA (Syariah) Universiti Mu'tah Jordan. Ustaz juga belajar bertalaqqi dengan ulamak-ulamak di Syiria. Sebelum keluar negara, Ustaz belajar di Pondok Sungai Durian Kuala Krai, Pondok Pasir Tumboh dan Pondok Bendang Rahmat Saiburi. Dengan kata lain, ilmu-ilmu yang dimiliki oleh Ustaz Mahyidin diambil secara berguru.
Insya Allah kami akan mengumumkan perkembangan cadangan ini terutama tarikh kelas pengajian bermula.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan