Tawaran adalah dibuka kepada semua muslimin dan muslimat yang berminat mendalami ilmu agama untuk mempelajari kitab-kitab pondok secara berguru dengan Ustaz Mahyidin Hamat. Butiran pengajian adalah seperti berikut:
Kelas bermula: 20 Jun 2009
Kekerapan kelas: setiap Sabtu
Masa: 8.30 pagi-1.00 tengahari
Tempat: Sekolah Rendah Agama An-Nur, Bandar Baru Sungai Buaya, Rawang, Hulu Selangor
Pelajaran: TAUHID, FEQAH, TASAUF, BAHASA ARAB, TAFSIR
Yuran pendaftaran: RM50 sahaja untuk satu tahun pengajian
PENDAFTARAN DIBUKA SEPANJANG MASA
Tempoh masa pengajian?
Sebenarnya sukar untuk menentukan tempoh masa pengajian sebenar. Bagaimanapun Ustaz Mahyidin menjangkakan dalam tempoh 3 tahun pelajar sudah dapat menguasai asas-asas ilmu Tauhid, Feqah dan Tasauf.
Matlamat pengajian
Bertujuan untuk melahirkan seberapa ramai individu yang menguasai ilmu agama yang diambil dari guru yang berkelayakan menggunakan kitab-kitab yang dikarang oleh para ulamak muktabar dalam bidang Tauhid, Feqah dan Tasauf. Individu-individu ini pula mampu menyampaikan ilmu yang diperolehi kepada ahli keluarga, jiran dan rakan sekerja atau pun mampu memimpin muzakarah/majlis ilmu di surau ataupun masjid. Juga untuk mencungkil bakal penceramah agama yang mempunyai asas ilmu agama yang sahih diambil dari guru yang berkelayakan.
Salam ustaz....saya berminat nak join kelas ini. Cam mana caranya
BalasPadamade x sesiapa y bleh dihubungi untuk pertanyaan ke tmpat pengajian..??
BalasPadam