PROGRAM PENGAJIAN TAFAQQUH FIDDIN SETIAP SABTU

Tawaran adalah dibuka kepada semua muslimin dan muslimat yang berminat mendalami ilmu agama untuk mempelajari kitab-kitab pondok secara berguru dengan Ustaz Mahyidin Hamat. Butiran pengajian adalah seperti berikut:

Kekerapan kelas: setiap Sabtu (kelas telah bermula pada 20 Jun 2009 tetapi pendaftaran dibuka sepanjang masa setiap kali kelas dijalankan)
Masa: 8.30 pagi-1.30 tengahari
Tempat: MASJID AS-SALAM BUKIT SENTOSA/BUKIT BERUNTUNG

Pelajaran: TAUHID, FEQAH, TASAUF, BAHASA ARAB, TAFSIR
Rujukan: Kitab-Kitab Pondok
Yuran pendaftaran: RM50 sahaja untuk satu tahun pengajian
PENDAFTARAN DIBUKA SEPANJANG MASA
Tempoh masa pengajian?
Sebenarnya sukar untuk menentukan tempoh masa pengajian sebenar. Bagaimanapun Ustaz Mahyidin menjangkakan dalam tempoh 3 tahun pelajar sudah dapat menguasai asas-asas ilmu Tauhid, Feqah dan Tasauf.
Matlamat pengajian
Bertujuan untuk melahirkan seberapa ramai individu yang menguasai ilmu agama yang diambil dari guru yang berkelayakan menggunakan kitab-kitab yang dikarang oleh para ulamak muktabar dalam bidang Tauhid, Feqah dan Tasauf. Individu-individu ini pula mampu menyampaikan ilmu yang diperolehi kepada ahli keluarga, jiran dan rakan sekerja atau pun mampu memimpin muzakarah/majlis ilmu di surau ataupun masjid. Juga untuk mencungkil bakal penceramah agama yang mempunyai asas ilmu agama yang sahih diambil dari guru yang berkelayakan.


BILA PINTU KU DIKETUK...

Makkah/Madinah dan Malaysia

21 Jun 2009

TAWARAN PENGAJIAN INTENSIF KITAB PONDOK


    Butiran adalah seperti berikut:

    Nama kitab: FARIDATUL FARAID (TAUHID)

    Masa: 8.30 pagi-1.00 TENGAHARI (4 1/2 JAM)

    Hari: AHAD

    Tarikh: Insya Allah akan diumumkan dari masa ke semasa.
    Tempat: Sekolah Rendah Agama An-Nur, Bandar Baru Sungai Buaya, Rawang, Hulu Selangor.

    Pengajar: Ustaz Mahyidin

    Lanjutan daripada kejayaan memulakan kelas TAFAQQUH FIDDIN setiap Sabtu, Ustaz Mahyidin bersetuju untuk mengadakan pengajian intensif kitab-kitab pondok pada hari Ahad pula. Bagi tujuan melahirkan seberapa ramai individu yang memahami kitab-kitab ulamak muktabar, Ustaz Mahyidin mengajak para pencinta ilmu yang sebok bekerja Isnin-Jumaat/Sabtu mengikuti pengajian intensif kitab-kitab pondok yang akan dibuat pada hari Ahad tertentu. Matlamat program ini adalah seperti berikut:

    • Memberi peluang kepada mereka yang berminat dengan cara pengajian pondok (tetapi terikat dengan komitmen kerja dan keluarga) belajar pada hujung minggu. Ramai yang minat nak belajar agama di pondok tetapi kita telah telah terikat dengan tuntutan mencari rezeki dan menyara keluarga.

    • Ramai yang mengikuti kuliah-kuliah kitab di surau/masjid yang diadakan biasanya selepas maghrib tetapi sering terlepas kuliah pada masa tertentu kerana tuntutan kerja seperti out-station, over-time, on-call dan sebagainya.

    • Bagi yang minat mengkhatamkan sesuatu kitab dalam masa yang lebih singkat, inilah caranya.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan