PROGRAM PENGAJIAN TAFAQQUH FIDDIN SETIAP SABTU

Tawaran adalah dibuka kepada semua muslimin dan muslimat yang berminat mendalami ilmu agama untuk mempelajari kitab-kitab pondok secara berguru dengan Ustaz Mahyidin Hamat. Butiran pengajian adalah seperti berikut:

Kekerapan kelas: setiap Sabtu (kelas telah bermula pada 20 Jun 2009 tetapi pendaftaran dibuka sepanjang masa setiap kali kelas dijalankan)
Masa: 8.30 pagi-1.30 tengahari
Tempat: MASJID AS-SALAM BUKIT SENTOSA/BUKIT BERUNTUNG

Pelajaran: TAUHID, FEQAH, TASAUF, BAHASA ARAB, TAFSIR
Rujukan: Kitab-Kitab Pondok
Yuran pendaftaran: RM50 sahaja untuk satu tahun pengajian
PENDAFTARAN DIBUKA SEPANJANG MASA
Tempoh masa pengajian?
Sebenarnya sukar untuk menentukan tempoh masa pengajian sebenar. Bagaimanapun Ustaz Mahyidin menjangkakan dalam tempoh 3 tahun pelajar sudah dapat menguasai asas-asas ilmu Tauhid, Feqah dan Tasauf.
Matlamat pengajian
Bertujuan untuk melahirkan seberapa ramai individu yang menguasai ilmu agama yang diambil dari guru yang berkelayakan menggunakan kitab-kitab yang dikarang oleh para ulamak muktabar dalam bidang Tauhid, Feqah dan Tasauf. Individu-individu ini pula mampu menyampaikan ilmu yang diperolehi kepada ahli keluarga, jiran dan rakan sekerja atau pun mampu memimpin muzakarah/majlis ilmu di surau ataupun masjid. Juga untuk mencungkil bakal penceramah agama yang mempunyai asas ilmu agama yang sahih diambil dari guru yang berkelayakan.


BILA PINTU KU DIKETUK...

Makkah/Madinah dan Malaysia

09 Ogos 2009

KELAS KITAB FARIDATUL FARAID



Alhamdulillah, pengajian kitab Faridatul Faraid setiap Ahad telah tamat pada 9 Ogos 2009 yang lepas. Bermula pada 28 Jun 2009 dan berterusan setiap Ahad sebanyak 6 siri, Ustaz Mahyuddin telah memenuhi hasrat para pelajar untuk belajar kitab ini secara intensif. Selepas ini Insya Allah ustaz akan memulakan syarah kitab Syarah Usul Tahqiq (tauhid) bermula pada Ahad 16 Ogos 2009. Dijemput semua yang berminat menghadiri kelas ini.

29 Jun 2009

PENGAJIAN KITAB PONDOK HUJUNG MINGGU DAPAT SAMBUTAN

Alhamdulillah, selepas 2 kali dijalankan, kelas pengajian Tafaqquh Fiddin setiap Sabtu telah mendapat sambutan baik dengan 20 pelajar berdaftar. Pendaftaran terbuka setiap hari Sabtu semasa kelas berjalan. Masih belum terlambat untuk bersama-sama mengikuti kelas ini.
Sementara pada hari Ahad 28 Jun 2009, kelas kitab tauhid "Faridatul Faraid" Siri 1 diadakan. Pembacaan kitab dibaca dari mukasurat 1 "Ini risalah yang amat kecil yang dinamakan dia..." hingga mukasurat 5 baris 2 dari atas "...dan menghuraikan segala syubhat yang didatangkan atasnya...". Siri ke-2 akan diadakan pada Ahad 5 Julai 2009 menyambung perbahasan bermula dari mukasurat 5 baris 2 dari atas. Semua dijemput hadir.

21 Jun 2009

TAWARAN PENGAJIAN INTENSIF KITAB PONDOK


    Butiran adalah seperti berikut:

    Nama kitab: FARIDATUL FARAID (TAUHID)

    Masa: 8.30 pagi-1.00 TENGAHARI (4 1/2 JAM)

    Hari: AHAD

    Tarikh: Insya Allah akan diumumkan dari masa ke semasa.
    Tempat: Sekolah Rendah Agama An-Nur, Bandar Baru Sungai Buaya, Rawang, Hulu Selangor.

    Pengajar: Ustaz Mahyidin

    Lanjutan daripada kejayaan memulakan kelas TAFAQQUH FIDDIN setiap Sabtu, Ustaz Mahyidin bersetuju untuk mengadakan pengajian intensif kitab-kitab pondok pada hari Ahad pula. Bagi tujuan melahirkan seberapa ramai individu yang memahami kitab-kitab ulamak muktabar, Ustaz Mahyidin mengajak para pencinta ilmu yang sebok bekerja Isnin-Jumaat/Sabtu mengikuti pengajian intensif kitab-kitab pondok yang akan dibuat pada hari Ahad tertentu. Matlamat program ini adalah seperti berikut:

    • Memberi peluang kepada mereka yang berminat dengan cara pengajian pondok (tetapi terikat dengan komitmen kerja dan keluarga) belajar pada hujung minggu. Ramai yang minat nak belajar agama di pondok tetapi kita telah telah terikat dengan tuntutan mencari rezeki dan menyara keluarga.

    • Ramai yang mengikuti kuliah-kuliah kitab di surau/masjid yang diadakan biasanya selepas maghrib tetapi sering terlepas kuliah pada masa tertentu kerana tuntutan kerja seperti out-station, over-time, on-call dan sebagainya.

    • Bagi yang minat mengkhatamkan sesuatu kitab dalam masa yang lebih singkat, inilah caranya.

    20 Jun 2009

    SESI 1 (20 JUN 2009)





    Alhamdulillah seramai 28 orang telah hadir ke pengajian pertama. 8 daripadanya adalah muslimah. Pendaftaran bermula 8.30 pagi, taklimat pengenalan oleh Ustaz Mahyiddin 9.00-10.30 pagi dan kelas bermula 10.40 pagi dimulai dengan kitab Hikam, 11.30 pagi Tafsir Ayat Hukum dan 12.30 tengahari Syarah Matan Abi Syujak. Sesi pertama ini diakhiri dengan sesi taaruf antara hadirin dan taklimat penutup oleh Ustaz Mahyidin.

    Antara isi taklimat Ustaz Mahyidin berkaitan konsep program ini:
    1. Melahirkan pelajar yang boleh mengajar masyarakat ilmu-ilmu agama.

    2. Menghidupkan pembelajaran kitab-kitab lama karangan ulamak-ulamak muktabar yang penuh dengan keberkatan.

    3. Tanda keberkatan ilmu ialah mengamalkan ilmu walaupun sedikit ilmu yang diterima.

    4. Setiap pelajaran akan diajar berdasarkan matan kitab asal dalam bahasa Arab dan disyarahkan oleh ustaz dalam kelas ini.

    5. Tahun Satu-belajar. Tahun Dua-belajar dan berlatih mengajar. Tahun Tiga-belajar dengan ulamak-ulamak jemputan. (Semua dalam bentuk rancangan lagi dan tertakluk pada pindaan)

    6. Target program penuh boleh tamat dalam masa 3 tahun.

    Di akhir program, 12 peserta telah mendaftar bagi mengikuti pengajian ini seterusnya pada setiap Sabtu. Sesiapa yang berminat bolehlah datang bagi tujuan pendaftaran. Terbuka kepada semua muslimin dan muslimat, tak kira usia.

    PERHATIAN KEPADA SEMUA PELAJAR! JADUAL PELAJARAN AKAN DATANG ADALAH SEPERTI BERIKUT:

    08.30- BAHASA ARAB

    09.30- TAUHID

    10.40- TASAUF

    11.30- TAFSIR

    12.30- FEQAH

    SETIAP HARI SABTU 8.30 PAGI-1.30 TENGAHARI









    11 Jun 2009

    PENGUMUMAN KITAB-KITAB PENGAJIAN

    Pengajian setiap hari Sabtu bermula 20 Jun 2009. Pendaftaran dibuka sepanjang masa semasa pengajian. Semua muslimin dan muslimat yang berminat mendalami ilmu agama dijemput mendaftarkan diri seterusnya menghadiri kelas pengajian ini setiap minggu.
    Kitab-kitab teks yang digunakan ditentukan oleh Ustaz Mahyidin selaku guru pembimbing pengajian ini. Berikut ialah senarai jadual pembelajaran kitab mengikut pelajaran:

    08.30-09.30 pagi : Feqah - "Syarah Matan Abi Syujak"
    09.30-11.30 pagi : Nahu Bahasa Arab - "Nahu Mulakkhas"
    11.30-12.30 pagi : Tasauf- "Qatrul Ghaisyiah"
    12.30-01.30 tengahari: Tauhid- "Matan Ummul Barahin"
    [Tertakluk pada perubahan. Pelajaran Tafsir Ayat Hukum akan dimasukkan]

    Kitab-kitab ini mesti dibeli oleh para pelajar. Pembelian dan pembekalan kitab-kitab tersebut akan dimaklumkan selepas pendaftaran.
    NOTA: Pengajian ini bermatlamat melahirkan pelajar yang memahami ilmu-ilmu agama secara talaqqi. Penentuan kitab-kitab di atas adalah atas pertimbangan ilmiah guru pembimbing bagi mencapai matlamat di atas.